Sunday, 27 December 2015

Dibenak Hati

271215 . 2314

Ya,, kadang aku rasa nak endahkan semua yang berada di sekeliling aku. Tapi aku tak bole.

Ya,, aku pandai nasihat hati yang sakit supaya pedulikan hati yang membenci. Fikirkan hanya diri sendiri dan keluarga.

Dan sejujurnya,, apa yang aku nasihat pada yang lain kadang aku juga kecundang. Tak pernah diketahui siapa. Biar diri terus berbisik sendiri memberi kata semangat.

* * *

|| Air Mata ||

Ya,
Yang mengalir tatkala kau sedih,
Itu air mata.

Ya,
Yang menuruni pipi saat kau kecewa,
Itu air mata.

Ya,
Yang menitis membasahi wajah saat kau jatuh,
Itu air mata.

Ya,
Kau perempuan sinonim dengan air mata.

Tangis kau menampakkan kau lemah.
Tapi lemah untuk menjadi kuat.

Tangis kau mempamerkan kau futur.
Tapi futur untuk kembali bangun.

Kau tercipta punya hati yang lembut.
Kau tercipta bersifat penyayang.
Dan hakikatnya kau akan mudah terasa.

Menangislah.
Jika dengan menangis kau temui,
Kekuatan dan ketenangan.

* * *

Luaran mungkin biasa.

Seceria warna pelangi.

Tapi dalam hati tersorok beribu rasa yang tak mampu diungkapkan.

Yang tahu,

Ya.

Hanyalah Dia.

Monday, 7 December 2015

Lets Struggle to be Muslimah Sejati.

Lamanya aku tak hapdet. Entah. Tiada apa tentang hidupku yang hendak diceritakan. So yeah, kali ni aku kongsi yang ni la. Actually, this is homework Usrah Kami Awesome. We have to make caption about Muslimah Sejati. So, ini la hasil buah fikiran aku yang tak seberapa. Tak nak la, ilmu tu aku simpan sorang sorang. Sebarkan, walau sedikit. Moga bermanfaat !

🌹 "Sebaik-baik wanita ialah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang." 🌹

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Tundukkan pandangannya. 🙈

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Senyap hentakkan kakinya. 👠

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Tidak membiarkan ajnabi berjalan di belakangnya. 🚷

Wanita muslimah itu,
Yang berbicara,
Tiada lunaknya dihadapan ajnabi. ☺

Wanita muslimah itu,
Yang berbicara,
Sopan dalam melontar kata-kata. 🙊

Wanita muslimah itu,
Yang melabuhkan hijab,
Menutup perhiasan diri.

Wanita muslimah itu,
Yang melabuhkan pakaian,
Menutup bahagian sepatutnya.

Itu wanita muslimah,
Yang tidak mengejar cinta ajnabi.
Mengutamakan rasa cinta hanya pada Rabb yang Satu.
Itu wanita muslimah,
Yang menjaga maruah diri seteguh jiwa.
Hanya yang berhak layak mendampingi.

Insya'allah.
Yang Dia perintah ditaati, yang dilarang dijauhi.
Akan mencapai gelaran,
MUSLIMAH SEJATI.

---
Sesiapa yang minat nak join usrah kami awesome, sangat dialu-alukan. 😊 Untuk akhwat sahaja (perempuan).

Bole ask admin di Budak Potato atau di Usrah Kami Awesome .

Mari dehh kembangkan silaturahim !