Saturday, 26 September 2015

Bernama Kesayangans.

Untuk aku senaraikan seorang demi seorang, mungkin tak tersenarai dibuatnya.
Tak ramai mana pun, tapi lebihlah dari satu.
Nak dijadikan cerita, aku buat satu keputusan yang aku rasa bagi aku, sangat sukar.

Aku buat keputusan untuk padam.
Aku buat keputusan untuk tinggal.
Aku padam, tak bermakna aku lupakan segala.
Aku tinggal bukan tinggal selamanya.

*asefem*

Segalanya bermula disini. Mungkin ada yang pernah rasa macam apa yang aku rasa. Asefem sekarang dah lain. Kan ?

Lain macam mana ?
Berbanding dulu dan sekarang, aku lebih rindu yang dulu. Rindu dengan mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Kemudian, seorang demi seorang menghilang. Entah ke mana. Lalu aku buat satu puisi.

* * *

Manisnya Ukhuwah.


Ukhuwah kita,
Rupanya bukan sekadar
"Hai" then "Bye" .
Kenapa saya cakap macam tu ?
Awak tahu,
Pada mulanya saya fikir begini,
"Kawan alam maya ni tak ada haih yang boleh jadi kawan baik. Semuanya kenal biasa-biasa ja."
Tapi sekarang,
Saya dah tak rasa macam tu.
Ukhuwah kita,
bukanlah sekerat jalan.
Kita bergurau,
hiburkan hati.
Kita saling menegur,
betulkan yang salah.
Kita bertanya khabar,
doakan sihat.
Kita saling menyokong,
bangun dari kekecewaan.
Kita saling menyandar,
ringankan beban.
Semua itu,
Eratkan ukhuwah kita.
Manisnya ukhuwah kita.
Tapi,
Masa sentiasa berjalan.
Tinggalkan kita jauh dibelakang.
Maka kita pun mengejar.
Lantas tidak sempat untuk kita,
Bergurau.
Menegur.
Menyokong.
Dan
Menyandar.
'Lost connection'
Ya, saya sedar.
Tapi kita,
'Still connected' .
Bukan di alam maya
Tapi
Dalam doa.
Sejujurnya,
Saya rindu.
Rindu sangat.
Sampaikan saya
'Losing Mind' .
Kerana,
Dalam diam
saya jadi pengintip disebalik dinding awak
yang kosong.
Saya tak nak intip lagi.
Tapi satu je yang saya nak beritahu,
" Saya rindu awak. Saya sayang awak. Sayangkan ukhuwah kita."

@qasqisya @cahayaishaa @lurves @gadispelik @aishahzainal @crkakashi @fatinnurnabilah @hanifkhalayan @nurdiyanasaupi
@faridatulfarhanamohdyusof

dan semua yang pernah rapat dengan saya. :')

150415 , 1506 .
SIRRUN [NA]

5 months ago

* * *

Berharap kalian yang dirindui baca. Dan menyapa aku dengan kata rindu jugak. Tapi tetap sepi begitu. Aku tetap menunggu. Mungkin Dia tahu aku sudah lelah, lalu dia pertemukan dengan yang lain.

* * *

Bawaku Dekat Dengan-Nya.

Aku menunggu.
Lama.
Lalu aku lelah.
Aku terduduk dan tertunduk.
Aku penat.
Penat menunggu yang tak pasti.

Kemudian aku dongak.
Silau.
Aku bangun dan berjalan.
Dekat dan makin dekat dengan cahaya itu.
Baru aku mengerti,
Hadirnya harapan baru buat aku.

Dia berikan harapan itu.
Bukan harapan kecil tapi besar.
Dia hantar mereka.
Bukan pengganti yang lama.
Cuma mahu aku bangkit.

Dari situ aku belajar.
Hidup ini apa yang perlu dilakukan.
Aku mula ambil langkah.
Mengambil perca kain.
Lalu dijahit pada compang camping diriku.

Belum cukup.
Apa yang aku mampu sangat untuk tarbiyah diri sendiri.
Lalu Dia buka jalan.
Jalan yang membawaku dekat dengan-Nya.

#UsrahHeybat
#KamiAwesome

* * *

Syukran jiddan kepada kesayangans.
Yang sudi terima diri yang kerdil ini.
Yang jahil dan bawa diri ini dekat-Nya.
Tidak mampuku sebut semuanya.
Cukuplah menyebut,

Ahli Usrah Heybat dan Kami Awesome

dalam doa,
Dia tahu siapa semuanya.

Maafkan diri ini.
Banyak merapu laghakan kamu.
Sangat childish buatkan kamu annoying.
Tidak mahu terlalu formal.
Kerana bagiku ia membataskan segala.
Aku cuma mahu sesuatu yang bila aku pergi, memori begitu yang jadi pengubat.

"You left"

Sakit sangat hati ni.
Tak pernah terniat nak buat begitu.
Cuma sementara.
Mungkin aku akan kembali.

Untuk itu,
Aku titipkan kalian dalam jagaan Dia.
Kalian aku lihat dari jauh.

Moga ukhuwah ini tiada penghujung.
Tidak bersua di dunia.
Insya'allah di akhirat.

Sunday, 20 September 2015

Sehingga Denyut Berhenti.

*flashback*

Masa tu ada kemahiran insaniah. Tak nak cerita panjang cuma nak ambil dekat part kita orang kena tulis surat ala-ala wasiat. Tahu tajuk apa yang diberi ?

"Andai aku tiada lagi...

Aku macam, apahal tajuk ni ? Saja nak bagi sedih ke apa ? Dah tu nak bagi kat mak abah pulak. Tak nak protes lebih, buat je la.

*flashback lagi*

Ni no ni no ni no !!

Bunyi ambulan. Daripada khusyuk buat kerja terus terhenti dan fikiran mula bertanya-tanya. Siapakah ? Sakit apakah ? Kenapakah ?

Okey, berlalu pergi begitu saja. Kerja yang tadi dibiarkan. Tak lama kemudian, bunyi wasap masuk. Menerima khabar yang tak disangka. Tergamam sebentar. Lalu kaki dilangkahkan ke katil. Berbaring sebentar sehingga jauh fikiran melayang.

" Mati memang tak mengenal usia. "

Tertanya kepada diri sendiri.

"Ajal aku pulak bila ?"

"Takut. Aku belum cukup bekalan nak bawa ke sana."

Sehinggakan aku terfikir,

"Kalau aku tido, aku pergi macam mana ?"

* * *

Dalam hidup ni ada satu jodoh yang pasti dan satu belum pasti.
Kau tahu apa jodoh kau yang pasti ?
Ya jodoh kau dengan sakaratul maut.
Pengakhiran yang bagaimana kau mahu ?
Tepuk dada kau dengan tangan digenggam kuat dan tanya iman.

Ya, pastinya mahu dalam keadaan husnul khatimah.
Sebab tu kena sediakan bekalan.
Apa kamu tahu, kita bagaikan musafir di dunia ini.
Mencari bekalan ke dunia kekal selagi masa masih ada.

Bermusafir di dunia ini yang hanya sementara.
Yang akan binasa suatu hari nanti.
Dapat bayangkah kamu ?
Pastinya terkelip-kelip mata dan tergeleng-geleng kepala memikirkannya.

Memang.
Mengingati mati, meresap keinsafan dalam diri.
Mungkin hanya seketika, lalu kembali lalai.
Itu manusia.

Hanya mati peringatan yang terbaik.
Ingat-ingatlah selalu.
Moga kita berusaha memperbaiki diri,
Yang masih nampak di sana lubang, di sini juga lubang.
Tak cantik kan ?
Persembahkanlah yang terbaik buat Dia Pencipta.

Bukanlah mahu menunjuk diri ini sudah sempurna.
Tidak.
Masih banyak yang kurang, yang compang camping.
Bila aku teringat, maka aku peringatkan jua kamu.
Kala aku lupa, sedarkan aku pulak.

Wednesday, 16 September 2015

Unreplaced.

Bila mana kau susah, sebolehnya kau nak tanggung sendiri.
Kan ?
Kau tahu tak rasanya bila terpaksa menyusahkan orang walhal kau tak nak pun ? Tahu perasaan tu ?
Malu.
Lagi membuatkan tak sampai hati bila orang tu susah payahkan diri dia untuk kita.
Itu baru orang tu.
Sementara orang tu nak tolong, saat tu kau sangat perlukan, ada orang lain hadir.
Hulurkan tangan dengan ikhlas lagi.
Serba salah sangat.

Kuasa dua dah ni malu tambah tak sampai hati tambah serba salah.
Malu, tebalkan muka kalau boleh biar tebal sampai tak nampak mata.
Tak sampai hati, kejap nak hulur nak terima, kejap nak tarik semula sebab nak tolak.
Serba salah, takut salah gunakan ke jalan tak sepatutnya.

Ada ke manusia yang sanggup susahkan diri dia demi orang lain ?
Tak ramai.
Jadi, kalau kau jumpa salah seorangnya,
Hargailah.
Kemudian hari, belum tentu kau akan jumpa yang sama.

Sepanjang aku bernafas, ya aku banyak menyusahkan orang.
Dari aku bayi membesar jadi anak kecil yang tahu berjalan.
Yang kadang berjalan jatuh tersembam.
Menangis lalu bangun dan melangkah lagi.

Kini dah besar.
Punya otak yang boleh berfikir serasionalnya.
Semua ini aku rasa ketika ini.
Sebab aku dah besar.
Bukan seperti anak kecil yang tak faham akan apa jenis perasaan sekalipun.
Anak kecil hanya tahu gembira.
Anak kecil hanya tahu menangis.

Jangan butakan mata yang celik.
Jangan keraskan hati yang lembut.
Kau sebenarnya tahu siapa yang sanggup bersusah payah untuk kau.
Tak lain tak bukan,
Mak dan abah kau.
Hargailah.
Bukan wang ringgit yang mereka pinta.
Cuma mahu melihat kau jadi yang berguna.

Sunday, 13 September 2015

Selemah-lemah Iman.

Ya, sudah pagi buta. Aku masih belum lelap. Ditemani lagu daripada Rossa-Tak Akan Berpaling Dari-Mu. Bukan apa, aku baru habis bersekang mata menyiapkan tuto pre-cal. Tapi tak siap jugak dalam dua tiga soalan lagi. Faham faham je la bila berkaitan kira-kira, latihannya banyak namatey..

Ahh. Terasa ingin menulis. Tapi apa ya ? Okey, sekarang menyusul pulak lagu SS501-Making Lover. Cehh. Cerita cinta ? Pehh, tak bole weyhhh.. Hari hari pasal cinta, bole mati kebosanan ni. Ahh, aku lebih suka meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku experience. Sebab aku nak kongsi jugak, so yaa jeng jeng jeng...

* * *

Naik tangga batu cave.
Aku pandang bawah.
Nak sampai saja atas, aku dongak kepala.
Aku merengus.

Balik kelas.
Sembang huha huha dengan rumet.
Pandang depan.
Aku merengus.

"Nape ain ? Jeles ek ?"

Hahaha.
Nak jeles kenapa weyh ? Aku tak suka.
Aku tak suka tengok orang berlainan jantina date. Ya, memang itu tempat terbuka.
Berdua-duaan tu yang ketiganya makhluk ada tanduk tu. Still tak selamat la even tempat terbuka.

* * *

Kuasa mencegah.
Melalui lisan, kita tegur.
Aku tak mampu.
Aku bukan seorang yang lantang.
Hanya diam seribu bahasa bagai tiada mulut.
Ya, itu aku.

Dengan perbuatan.
Juga aku tak mampu.
Tetiba nak heret si perempuan jauh dari si lelaki.
Kau fikir ?

Kadang aku juga terlihat si perempuan reaksinya seperti merajuk.
Ahh, kau termakan racun.

Racun !
Sikit sikit patah hati.
Sikit sikit nangis.
Sikit sikit cemburu.
Perit kan ?
Tapi itu pilihan kau.

Ya, hanya ini.
Aku hanya mampu membenci dengan hati.
Mahu mereka segera hilang dari pandanganku.
Dan berdoa untuk mereka.
Agar diberi petunjuk apa mereka lakukan itu salah.

Kerana,

"Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman."

Thursday, 10 September 2015

Bersebab

Kebelakangan ni entri aku asyik mendescribe orang je kan ? Ada sebab aku buat macam ni. Dan sebab tu biarlah hanya diketahui aku dan Dia. Ya, siapa yang biasa tahu aku dekat asefem, mungkin akan cakap,

"Eh, ni bukan yang answer dekat asefem ke ?"

Ya awak. Betul sekali. Tepat mengena sasaran ! *acah acah pemanah*

Baru beberapa je tu. Semuanya aku dah copy dan didraftkan dekat blog. Tunggu nak publish dan tambah lagi sikit story nak kasi gempak ! Kah. Mende kau ni Run. =="

Aku buat macam ni sebab aku tak nak semuanya hilang. Jujur, aku menyesal pernah padam memori yang terlakar. Sekarang penyesalan tu tiada guna. Tak mampu dikembalikan semula.

Ya, aku akan buat sekali lagi tindakan tu tapi aku dah fikir supaya aku tak akan rasa menyesal lagi. Aku akan kuburkan dekat sini. Dan aku masih menunggu tibanya hari itu. Hari itu bila watamat bulan ini. Jadi, ya aku kena sabar menunggu. Haha



Saturday, 5 September 2015

Niat Kerana ?

*Flashback*

Masa ni tahun 2014. Setiap Jumaat, ada extra class for Addmaths. Pakai baju biasa ja. Suka hati. Nak pakai seluar ke pakai kain ke. Masa tu, aku pakai kain, baju lengan pendek tapi pakai cardigan la. Kasut ? Kasut yang orang cina selalu pakai tu. Yang nampak jari yang comel tu.

Setiap kali kelas, cikgu nak bagi tazkirah. Asyik asyik pasal perempuan. Aurat aurat aurat ! Tahu tak setiap kali tu aku deep. Lagi lagi dekat bab kaki. Sebab aku tak pakai stokin. Cikgu kata aurat. Eh, ye ke ? Masyarakat sekarang dah terbiasa. Dia orang tak rasa kaki tu aurat. Dan ya, aku pun termasuk dalam golongan tu. Masa tu, bestie aku sorang je yang pakai stokin, handsock segala.

"Masa aku dekat mrsm dulu, semua budak perempuan pakai stokin dan handsock. So, aku dah terbiasa." -bestie

Oh okey.  Aku macam tu jugak sampai la aku dengar ayat ni,

" Kalau kita mati depan orang ramai, aurat tak tertutup sempurna macam mana ?"

Aku imagine kot. Aku imagine yang aku accident. Aku mati dalam keadaan aurat aku terdedah. Banyak ni dosa ! Nauzubillahi minzalik.

Yeah, since that, aku pakai stokin dah. Stokin bunga bunga. Bedal mak punya stokin. Aku mana ada stok stokin masa tu. Yang ada stokin sekola ja. Baju pun aku dah pakai baju longgar. Mostly baju aku semua abah yang pilihkan. Baju muslimah macam tu.

Dulu kalau pergi beli baju dengan abah, mesti nak rungut,

"Abah tak lain tak bukan mesti nak beli baju besar kat kita. Haishh, orang nak pilih sendiri la."

Aku pun tak berkira sangat. So, go one je la.

Still jugak masa kelas tambahan tu cikgu bagi tazkirah lagi. Kali ni pasal tudung pulak. Aku rasa aku pakai tutup dada dah. Apa lagi yang tak kena ?

" Tudung bawal tu jarang. Tabaruj. Nampak bayang leher kamu tu. Kalau orang laki tengok berdosa tu."

Oh, disitu tak kena rupanya. Since that, aku tukar tudung. Pakai terus tudung sarung. Senang. So, aku terbiasa bila dah lama macam ni. Nak bagi nampak kaki pun rasa bersalah weyh. Bole anggap tak aku ni berubah ke ? Entah la nak. Tak kekal. Tak istiqamah. Aku sedar. Aku rasa macam aku ni hipokrit. Haha.

Aku tak nak pun jadi macam ni. Kejap buat kejap tak buat. Aku nak kembali. Kadang tu aku tanya kat diri sendiri. Aku marah diri aku. Entah. Buntu nak fikir.

Satu hari tu, aku buka fesbuk. Ternampak satu post.
Aku pun baca. Aku sentap. Terbit rasa ingin menjadi sahabat saudari yang menge-post tu. Tetiba je aku ni. Buang tabiat ke ?

Aku hantar chat kat dia. Kami bertaaruf. Aku tanya kat dia,

" Kalau saya minta nasihat, sudi tak awak memberinya ?"

Cehh. Ayat aku. Skemanya. Dia pun balas. Dia kata dia tak pandai pun nak bagi nasihat. Semuanya datang daripada Allah. Dia beri nama blog dia. Aku pun googlekan. Tengah godek godek blog dia and terjumpa la post tajuk "perubahan". Aku pun klik. Aku baca.

Kisahnya berkisarkan perubahan seorang insan yang tidak kekal. Macam kena dekat batang hidung aku je.

" sesuatu perubahan tidak akan KEKAL, sekiranya diniatkan kerana manusia yang jua tidak KEKAL "

Aku pun pikir la ayat ni sedalam dalamnya. Kenapa aku pakai stokin ? Sebab cikgu tegur. Sebab tak nak rasa sentap lagi. Ahh, aku tak ikhlas. Sebab ni ! Sebab aku buat bukan niat kerana Dia. Patut la tak konsisten. Hati ni kena diajar semula. Dididik semula. Sebab tu kita nak buat apa apa, perbetulkan niat. Ajar diri tu letakkan Dia yang utama dalam apa apa perkara pun. Insya'allah semua berjalan lancar. :')

Wednesday, 2 September 2015

Tertutup Itu Indah

Berlaku tahun ni juga.
Masa tu dah habis kontrak dengan brand Renoma.
Masa masih banyak sementara nak tunggu masuk U.
Then, sambung kerja yang sama tapi brand lain.
Brand Emilio Valentino.
Petang itu,

* leka mengisi borang *
* sambil diperhati *

Pemerhati : Tengok, pakai stokin lagi. Orang alim ni.

Aku senyum je.
Bukan apalah.
Dah terbiasa berstokin bila keluar rumah.
Sejak form4 lagi.
Aku berstokin, belum tentu aku alim.
Ya, aku berstokin tapi tak bertudung labuh.
Yang penting segala perhiasan tu ditutup sempurna.

Tudung tutup dada ? Okey, tanda right !
Baju panjang tutup lengan, longgar, tutup punggung ? Okey, tanda right !
Seluar panjang dan longgar ? Okey, tanda right !
Pakai kasut tutup kaki, berstokin lagi ? Okey, tanda right !
Tak susah sayang.
Apa yang kita kena tutup, kita tutup.
Tertutup itu indah sebenarnya. :D

Tuesday, 1 September 2015

ALONE.

" Orang yang tak kenal kita sangka kita ni sombong, tegas dan pendiam. Pada hal punya la gedik kalau jumpa kawan rapat. "

Bila seorang diri,
Memang pendiam.
Ada ke orang yang bila seorang diri,
Mulut dia berbunyi ?
Kalau ada,
Ada sesuatu yang tak kena la tu.

Pendiam ni,
Mana ada kawan.
Eh, siapa kata tak ada ?
Ada tapi kawan yang betul-betul kawan iaitu,
Sahabat.
Bila dah declared sahabat,
Tahu la kan macam mana specialnya sahabat tu.

Hmm...
Kenapa ya bila seorang diri,
Nak pandang pelik ?
Kenapa ya bila seorang diri,
Nak risau sangat ?

" Sayang, takpe ke rehat seorang ni ? Risau la."
" Takpe la. Tak jadi apa-apa la."

Bila aku seorang diri,
aku tak pernah rasa aku sendiri.
Sebab aku dah pesan pada diri sendiri,

" Kau jangan takut. Kau bukan sendiri. Allah kan ada."

Sampai bila kita nak bergantung pada orang lain ?
Sampai bila kita nak orang ada disisi kita ?
Kalau satu hari nanti kau jatuh,
Tak ada orang nak tolong sambut,
Macam mana ?
Sekurang-kurangnya,
Bila kau dah biasa 'alone' ,
Kalau kau jatuh nanti,
Kau kuat untuk bangun sendiri.

030415 , 0918.

*this is actually from my ask.fm tapi dah delete and I post here*