Wednesday, 29 July 2015

Datang dan Pergi

Bermula dengan perkenalan.
Makin lama makin rapat.
Kenapa boleh jadi rapat ?
Sebab serasi.
Sebab apa lagi ?
Sebab rasa sayang dah wujud.
Itu yang sebenarnya.
Sebab kita dah sayang.

Satu hari,
Pernah tak kau rasa kau tak dipedulikan ?
Pernah tak kau rasa ada yang menjauh ?
Pernah tak kau rasa akan ditinggalkan ?
Pernah tak kau rasa kau tak akan disayangi lagi ?
Pernah je kan ?

Manusia ni bukannya akan kekal.
Mereka datang dan mereka pergi.
Lumrah hidup kawan.
Jangan harapkan sayang orang,
Sebelum kita ni sayangkan diri sendiri.
Tanya dekat diri tu,

"Do I love myself ? Do I love ? Do I love ? Do I love ?"

Kalau sayangkan diri sendiri,
Kita akan sayangkan Dia.
Kenapa ?
Sebab kita akan cuba perbaiki diri kita.
Sebab kita akan cuba jauhkan diri daripada perkara tak elok.
Kita akan buat perkara baik.
Bukankah itu tanda kita nak buat amar makruf nahi mungkar ?
Bila kita buat semua tu, sebab apa ?
Sebab kita patuh kepada Dia.
Alhamdulillah wujud sayang kepada-Nya.

"Bila kita sayang diri kita, kita akan sayangkan Dia."

"Bila kita sayangkan Dia, kita akan sayangkan diri kita."

Dah cukup.
Tak perlu cari orang nak sayangkan kita.
Sebab apa ?
Sebab semua itu akan datang sendiri selepas kita sayangkan diri kita.
Akan datang dengan sendiri selepas kita sayangkan Dia melebihi apapun.

Yang datang kepada kita tu,
Sayangnya insya'allah sayang selamanya.
Bukan sayang, kemudian hilang.
Kita tak cari pun.
Dia yang datang.
Sebab dihantar.
Oleh Dia khas untuk awak.
Ngee ~

Perasaan diri kita yang mencari,
Perasaan kita yang dicari,
Berbeza.
Kita yang mencari akan penat dek tak jumpa.
Kita yang dicari akan tersenyum kerana menunggu dengan sabarnya.

Eh ?
Macam cinta jer ~
Tak.
Sebenarnya nak cakap,
Sayang antara manusia.
Yang sama kaum.
Hawa dan hawa.
Adam dan adam.
Ukhuwah namanya.

Dalam ukhuwah pun pernah rasa macam ni kan ?
Biasalah tu.
Ada yang pergi,
Ada yang baru muncul,
Dalam ukhuwah ni,
Jangan nak harap semua orang nak sayang kita seorang je.
Nak sayang, biar sayang beramai-ramai.
Nak sayang, biar sayang bersama-sama.
Kan lebih manis ~

*merapu apa pun tak tahu la*

Sunday, 26 July 2015

Teruskan Perjuangan

Aku nampak.
Mak tak dapat hantar aku.
Walaupun dalam hati dia,
Aku tahu dia nak.

"Mesej abah tengok, nak bawa barang dengan apa ? Kalau naik motor, boleh la mak dengan along tolong sekali."

Nampak.
Mak nak hantar aku.
Walaupun bukan naik train sekali.
Bukan hantar sampai U.

Balik kali ni,
Abah jugak yang teman sampai U.
Okey la,
Anak manja ?
Anak abah ?
Of course anak mak dan abah.

Masa nak pergi stesen kereta api,
Kita orang separate.
Aku dengan abah.
Mak dengan along.
Yang sampai dulu,
Mak dengan along.

Dan kemudian, baru abah dengan aku sampai.
Huwaa, hati dah rasa dah ni.
Rasa berat nak berpisah.
Rileks rileks.
Kuat dulu.

Lagi lima belas minit macam tu.
Tunggu la dulu.
Mak, abah dan along bersembang.
Aku mostly diam jer.

Okey.
Aku perlu pergi.
Salam mak,
Cium pipi kanan,
Cium pipi kiri,
Okey, ni selalu buat masa nak pergi sekola dulu.

Dan,
Tak disangka aku tertouching.
Cover cover.
Jangan bagi orang lain nampak.
Kalih dekat along pulak.
Salam dia.

"Oit, takyah nak laga pipi. Takyah nak nangis."

"Orang tertouching la..."

Dalam train.
Aku banyak diam.
Pandang luar.
Sembang jugak dengan abah.

"Lepas hantar akak ni dah lega dah."

Faham.
Bagi abah,
Asalkan apa apa berkaitan aku berjalan lancar, abah bersyukur dan lega.

"Ada hikmah Allah hantar akak belajar dekat tempat dekat."

Kah.
Dulu punya beria nak belajar jauh.
Nak rindu lebih menggebu la katakan.
Sekarang ?
Okey, sangat bersyukur dapat belajar tempat yang dekat.

"Nanti dah sampai U, akak belajar ja. Tak payah fikir kami yang dekat Kedah ni."

Nampak sangat abah tak nak aku serabut atau stress.
Abah.
Banyak sangat dah berkorban untuk aku.
Nak balik raya haritu, abah jugak yang ambil.
Orang lain balik sendiri.
Hantar balik U, abah jugak yang hantar.

"Ni abah dah ajar ni naik train. Nanti bole la balik sendiri."

Hati cakap tak nak.
Depan abah mampu diam.
Okey, akan cuba.
Tak nak susahkan abah lagi.

Teksi pun abah yang carikan.
Nampak tak betapa aku ni menyusahkan ?
Sebab ada abah,
Teksi bole hantar masuk sampai ke kolej.

"Abah hantar sampai sini saja la. Nanti akak bawa barang naik atas."

"Okey, takpa. Abah letak saja situ."

Terus salam abah.
Peluk abah dan cium.
Dan aku sudah kembali.
Teruskan perjuangan.
Teruskan harapan mereka.
Dan kuatnya aku disini kerana Dia.
Dan kerana mereka.

Ingat,
"Ibu bapa redha, Allah jugak redha."

Tuesday, 21 July 2015

Bulatan Gembira

Bila kita berubah kerana Dia,
Dia pasti akan tunjukkan jalan.
Serius.
Aku nak berubah.

"Tapi aku takde kekuatan."
"Nanti orang kata bajet alim."

Aku yang cakap begitu.
Bila baca Tarbiah Sentap.
Memang aku sentap !
Sebab aku ni banyak alasan.
Cakap nak berubah tapi bagi banyak alasan.

Dulu.
Dekat asefem.
Aku banyak merapu.
Sampai beribu riban.
Dah la takde manfaat.
Orang stalk profile dapat mende lagha je.
Start tu aku refleksi diri.
Aku padam semua soklan.
Aku kuatkan diri.
Sebab kebanyakan apa yang aku merapu,
Semua dengan mereka yang aku rapat.
Serius rindu.

Jadi,
Selepas dah vakum asefem aku,
Jadi la aku seorang newbie.
Even dah main mende alah tu 3 tahun lebih.
Kalau aku rasa aku ask merapu,
Aku akan padam.
Maaf la kepada sesiapa yang bertandang dan ask aku tu.
Aku padam balik ask tu sebab aku rasa aku merapu.
Memang seronok merapu bergurau ni.
Kita jadi rapat.

Sebenarnya,
Aku bertahan main mende tu pun sebab aku sedang menunggu.
Sedang menjadi penunggu setia,
Aku pun stalk la daie daie.
Saja.
Nak cari ilmu sikit.
Ye la, masih jahil.

Bila ya ?
Tak ingat.
Aku tergerak hati.
Aku ask seorang daie ni.
Cakap teringin nak join usrah.
Tapi malu.
Pastu, aku beri details yang diperlukan.

Malam bila pulak ek ?
Tak ingat.
Buka wacep, tengok ada grup baru.
Usrah Heybat.
Huishh, debar aku dibuatnya.
Aku buka.
Malam tu kami ta'aruf.
Aku kecoh jugak la malam tu.
Tak sangka aku jadi kecoh macam tu.
Sampai dia orang dah kenal la.
Kalau ikutkan, aku ni terror jadi silent reader je.
Entah la.
Aku bole masuk dengan mereka.

Masuk usrah ni nak berta'aruf je ke ?
Tak tak.
Kita orang ada tanggungjawab memasing.
Setiap ahli diberikan partner.
Lepastu, tahu tak apa tugasan yang perlu dibuat ?
Kena buat bedtime story.
Bedtime story ?
Serius aku blur.
Mende la ni.
Bedtime story tu yang mak mak duk cerita dekat anak dia sebelum tido ke ?
Yang tu aku faham.
Senang je, amik buku cerita dan bacakan.
Eheks xD

Tapi dalam usrah,
Kita orang kena buat cerita sendiri.
Fulamak !
Aku bab cerita ni memang aku suka.
Tapi bedtime story ni kena cerita yang boleh bagi moral values kepada ahli grup.
Tet !
Gagal aku disitu.

Okey then,
Lepas habis bedtime story,
Ahli ahli yang lain kena fikir apa nilai daripada cerita yang boleh diambil.
Dari situ kita tau,
Yang kita sedang mengupas, mengorek isu yang diutarakan.
Secara tak langsung, kita dapat la ilmu.
Dapat sikit pun jadi.
Ilmu ni tak pernah habis okey.
Walaupun kita dah dapat, bukan bermaksud kita dah boleh berhenti.
Tak tak !
Perjuangan belum tamat.
Dalam usrah jugak,
Ahli ahli ada peluang nak tanya sebarang kemusykilan yang dia orang tak pasti.
Bila dah dapat kepastian, baru kita boleh kongsi dengan orang lain.

Dari tadi duk merapu apa la aku ni.
Aku nak cakap,
Aku tahu,
Allah dah tunjukkan jalan untuk aku.
Allah datangkan mereka.
Sama-sama kami membimbing.
Doakan aku.
Moga istiqamah.

Monday, 20 July 2015

Kuatlah Sayang :')

Betul.
Aku rasa nak menangis.
Kepala aku berat sangat.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal mereka.
Ya Allah.
Mereka yang aku sayangi.
Tengah melalui keperitan.
Tengah menghadapi kedukaan.
Aku cuba.
Cari jalan.
Tak jumpa.
Aku tak mampu.
Kadang empangan ini pecah.
Serasa otak sudah tepu.
Bila bila saja akan meletup.
Aku tak boleh lemah.
Aku kena kuat.
Kalau aku lemah,
Macam mana nak pimpin kesayangan yang jatuh ?
Macam mana nak sambut tangan mereka yang tersungkur ?
Walaupun aku sendiri dalam duka.
Pedulikan.
Diri aku tak penting.
Mereka lebih penting.

Kesayangan,
Jangan jatuh terlalu lama.
Jangan lemahkan diri.
Jangan biar futur berdamping.
Ya, tahu tak boleh.
Rasa itu.
Perasaan itu.
Dia yang beri.
Bukan futur untuk futur.
Tapi futur untuk terus berusaha.
Bukan lemah untuk lemah.
Tapi lemah untuk kuat.
Bukan jatuh untuk jatuh.
Tapi jatuh untuk bangun.
Dia beri semuanya bersebab.

"Everything happens for a reason."

Bila kita jatuh,
Tengok balik diri kita.
Bila kita futur,
Tengok balik diri kita.
Bila kita lemah,
Tengok balik diri kita.
Bukan apa.
Untuk muhasabah.
Buat refleksi diri.
Fikir.
Fikir sedalam-dalamnya.
Fikir dengan positif.
Datangnya semua itu bukanlah musibah.
Tetapi sebagai ujian.
Ujian itu untuk menguatkan kita.
Ujian itu untuk mendekatkan kita kepada-Nya.
Ujian itu mengukur keimanan kita.
Terimalah.
Kehadapan nanti ada nikmat tak terhingga.
Bila ?
Bila kita dah lepasi UJIAN itu. :')

Thursday, 16 July 2015

Sukar Diungkap

Aku.
Tak mudah sayangkan orang.
Sebab itu jangan sayangkan aku.
Nanti terluka.
Nanti sakit.

Jangan cepat sayangkan aku,
Oleh kerana,
Aku nampak baik.
Sayang itu biarlah mahal.

Kenal dulu aku ini bagaimana.
Serius.
Tak tipu.
Mungkin pada awal ta'aruf,
Kamu akan berasa senang dengan aku.
Lama kelamaan,
Rasa itu pasti akan hilang.
Menyesal ?
Sebab itu jangan sayang aku.

Tapi.
Bila aku mula sayang,
Sayang kamu pulak,
Tidaklah sayang seperti dulu.
Terlambat ya aku.
Terasa tidak diperlukan.
Terasa perlu undurkan diri.

Jangan risau.
Bukan kerana aku futur.
Bukan kerana aku sedih.
Bukan kerana aku kecewa.
Tapi memberi ruang kepada kamu.

Bukanlah aku nak klise.
Serius.
Aku turut rasa bahagia,
Bila orang yang aku sayang,
Bahagia.
Bila orang yang aku sayang,
Tersenyum.

Jika sebaliknya,
Kau sedih,
Aku pun rasa.
Kau kecewa,
Aku pun rasa.
Cuma aku,
Bukanlah yang terbaik untuk padamkan segala.
Segala sedih.
Segala duka.
Segala kecewa.
Kerana aku pasti akan ada yang mampu buat semua itu berbanding diri aku yang kerdil ini.

Sejujurnya bila aku sayang,
Aku tak pandai tunjuk.
Tidak mengapa kamu tidak tahu.
Asalkan hati ini tahu.

Kesayanganku,
Aku rindu.
Kamu rindukan aku ?
Aku sayang.
Kamu sayangkan aku ?
Tidak mengapa.
Tak perlu jawab.
Cukuplah aku yang menyayangi.

Berdiam Lebih Baik

"Many people see things, but they do not observe." - Sherlock Holmes

Setuju dengan statement ni ?
Aku setuju.
Memang betul pun.
Ramai orang boleh melihat,
Tapi mereka tak memerhati.
Memerhati macam mana ?
Haipp,
Jangan perhati benda tak elok.
Allah murka.
Maksud memerhati dekat sini,
Memerhati dengan ilmu.
Bukan dengan otak kosong.
Maknanya kita kena fikir.

Sebenarnya aku bukan nak cakap sangat pasal statement tu.
Aku nak cakap aku ni silent.
Jadi, aku lebih suka memerhati.
Dekat rumah aku takde tv.
Jadi, tak sempat la tengok drama ke apa.
Tapi aku sempat la jugak tengok drama lain.
Drama dekat ask.fm
Drama paling hot dekat ask.fm ,
Manusia yang suka bash orang lain.

Serius tak faham.
Kenapa nak bash bash orang ?!
Ops, teremosi pulak.
Serius aku cakap, buat macam tu takde faedah.
Takde faedah !
Dah tu bash orang anonymously pulak.
Kiranya berani bash orang sebab orang tak kenal kau la ?

Bash bash ni tak baik.
Dah kira zalim dengan manusia tu.
Tambahan pulak golongan yang terkena kebanyakan daie dan daieyah.
Kenapa nak bash dia orang ?
Nak uji la,
Apa dia orang ni hebat ke tak ?
Apa dia orang ni kuat ke tak ?
Tak payah !
Orang nak sebarkan dakwah, kau nak buat macam tu.
Lepastu kau rasa mereka akan futur ?
Mungkin kau akan berjaya buat macam tu,
Tapi kau ingat mereka akan selamanya futur ?
Nope !
Orang yang nak tegakkan agama Allah, tak akan berputus asa.
Kalau nampak keburukan mereka, jadikan sempadan.
Yang baik tu jadikan tauladan.
Jadi,

"Be the person who can see things and observe it." - Sirrun

Saturday, 4 July 2015

Dak Dak U

Assalamualaikum.
Dah lama enn tak berblogging.
Ade tak yang merindui diriku yang kerdil ini ?
Mesti la takde enn.
Okey takpe.
Tak kisah.
Sebab aku tahu ade yang sedang merindui aku.
Mak dan abah.
Adik-beradik aku.
Tahu dia orang semua rindukan aku yang duduk dekat obesis ni.
Araustralia, Perthlis.
Okey over giler.



Kah.
Aku sekarang dah jadi siswi.
Budak U orang kata.
Hmm.
Apa ek nak cerita ?
Perasaan jadi budak U ?
Alhamdulillah aku diberikan peluang untuk sambung belajar.
Bidang DIS (Diploma in Science).

"Bakal doktor la ni ?"

Tak tak.
Habis tu nak jadi apa ?
Ikut perancangan Dia.
Oh ya !
Aku ni first time duduk jauh daripada keluarga.
Jadi, first time jugak la duduk kolej.
Jadi, kena share bilik.
Satu bilik tiga orang.

Siapa roomates aku ?
Jeng jeng jeng !

Ops, tak bole upload gambar pulak.
Dedua orang dari Selangor.
Habis tenggelam kecek Kedah aku.
Aku bersyukur dapat roomates macam dia orang tu.
Sebab kami saling mengingatkan.
Solat.

"Esya dah solat ?"
"Ain dah solat ?"
"Aina dah solat ?"

Haha.
Macam tu la dialognya.
Tak tahu nak cerita apa lagi.
Apapun everything is fine.
Tak shabarnya nak balik rumah.
Yeay !
Jumpa lagi.
Fi hifzillah. :D




Friday, 3 July 2015

Different.

Aku dengan keluarga,
Aku dengan sahabat,
Aku dengan rakan sekelas,
Aku berbeza.

Aku dengan keluarga,
Aku yang riuh,
Aku yang gegiler.

Aku dengan sahabat,
Aku yang mulut banyak,
Aku yang ceria.

Aku dengan rakan sekelas,
Aku yang pendiam,
Aku yang serius.

Sebab apa ?
Sebab aku nuruLAIN.

Aku terfikir.
Kenapa aku tak boleh jadi seperti aku dengan keluarga dengan rakan sekelas ?
Yang riuh dan gegiler.
Kenapa aku tak boleh jadi seperti sahabat dengan rakan sekelas.
Yang mulut banyak dan ceria.

Aku tak tahu.
Cuma orang yang rapat dengan aku saja yang tahu aku macam mana.
Aku bukan nak berlagak sombong.
Aku cuma tak tahu nak mulakan macam mana.
Lagipun tiada yang istimewa dalam diri aku.
Walaupun aku ni Lain.
Walaupun aku ni Different.
Hmm.