Wednesday, 4 March 2015

Ini Yang Termampu

Kelmarin.
Baru pergi ambil slip keputusan.
Masa hari keluar keputusan, aku tak dapat pergi.
Ada hal yang tak dapat dielakkan.
Sebelum aku dapat genggam slip tu pun aku dah tahu apa keputusannya.
Bukan nak kata aku tok nujum ke apa.
Tapi ada reporter yang beritahu.
And to say that bukanlah aku jadi best student.
Sob sob.
Hancur punah segalanya.
Sudahlah sebelum ini, guru-guru mengharapkan aku untuk mendapatkan result yang flying colours. Biasalah budak aliran sains.
Namun akhirnya, aku kecewakan mereka.
Saban hari aku duk tenung trial punya markah.


Nampak tak warna merah tu ?
Subjek-subjek tu la yang aku risau.
Tengok subjek fizik macam boleh dapat A walaupun A tu A- .
Paling risau Addmaths.
Dah la susah yang amat masa exam ritu.
Malas la nak target untuk subjek-subjek ni.

Masa tahu yang kita dapat 6A, duk terpikir la subjek elektif mana la yang dapat A.
Ingatkan fizik rupanya biologi.
Apapun, kita reda.
Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang aku dapat.
Setimpal la dengan usaha aku yang tak seberapa tu.
Tapi terkilan jugak la.
Kelas akaun yang menyerlah untuk SPM 2014.
Paling tinggi 7A.
Lima orang pulak tu.
Kelas sains ?
Aku seorang saja.
Tu pun 6A.
Ini yang termampu.