Saturday, 8 June 2013

15 Panduan Menjelang Hari Peperiksaan

Assalamualaikum.
Tadi Ain selongkar fail Ain. Jumpa la kertas fasal tajuk entri tu. Actually, kertas ni Ain dapat masa motivasi perdana pengawas pusat sumber tahun ni. Rasanya lebih baik dikongsi. Kan ? Lagipun, bebudak form3 dan form5 kan nak duduki PMR dan SPM tak lama lagi. Ahaha, bukan jer dia orang boleh guna panduan ni. Semua yang bergelar pelajar mesti boleh guna. Okeh, tak payah nak taip-taip panjang. Kita tengok terus apa panduannya ya ?

15 PANDUAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN :


  • Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. ( penting ! )
  • Jangan sakiti hati ibu bapa. ( nak dapat berkat )
  • Jangan sakiti hati guru. ( ni pun sama, nak dapat berkat )
  • Insaf dengan tanggungjawab sebagai anak.
  • Amalkan membaca Al-Quran. ( ustaz cakap sebaris ayat pun dah okeh )
  • Tidak hadkan masa belajar.
  • Ikut kemampuan diri.
  • Memahami format kertas soalan.
  • Semua ujian bulanan adalah penting.
  • Sediakan nota ringkas.
  • Fahami topik dengan mendalam.
  • Cari suasana yang seronok untuk belajar.
  • Amalkan makanan tambahan untuk mencerdaskan minda. ( macam kismis dan lain lagi )
  • Hargai masa.
  • Sentiasa berdoa.