Monday, 7 December 2015

Lets Struggle to be Muslimah Sejati.

Lamanya aku tak hapdet. Entah. Tiada apa tentang hidupku yang hendak diceritakan. So yeah, kali ni aku kongsi yang ni la. Actually, this is homework Usrah Kami Awesome. We have to make caption about Muslimah Sejati. So, ini la hasil buah fikiran aku yang tak seberapa. Tak nak la, ilmu tu aku simpan sorang sorang. Sebarkan, walau sedikit. Moga bermanfaat !

🌹 "Sebaik-baik wanita ialah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang." 🌹

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Tundukkan pandangannya. 🙈

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Senyap hentakkan kakinya. 👠

Wanita muslimah itu,
Tika berjalan,
Tidak membiarkan ajnabi berjalan di belakangnya. 🚷

Wanita muslimah itu,
Yang berbicara,
Tiada lunaknya dihadapan ajnabi. ☺

Wanita muslimah itu,
Yang berbicara,
Sopan dalam melontar kata-kata. 🙊

Wanita muslimah itu,
Yang melabuhkan hijab,
Menutup perhiasan diri.

Wanita muslimah itu,
Yang melabuhkan pakaian,
Menutup bahagian sepatutnya.

Itu wanita muslimah,
Yang tidak mengejar cinta ajnabi.
Mengutamakan rasa cinta hanya pada Rabb yang Satu.
Itu wanita muslimah,
Yang menjaga maruah diri seteguh jiwa.
Hanya yang berhak layak mendampingi.

Insya'allah.
Yang Dia perintah ditaati, yang dilarang dijauhi.
Akan mencapai gelaran,
MUSLIMAH SEJATI.

---
Sesiapa yang minat nak join usrah kami awesome, sangat dialu-alukan. 😊 Untuk akhwat sahaja (perempuan).

Bole ask admin di Budak Potato atau di Usrah Kami Awesome .

Mari dehh kembangkan silaturahim !

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^