Thursday, 15 October 2015

Longing for You.

"Rindu itu kadangnya rasa bahagia bila sudah terluah."

"Namun rindu itu mungkin juga jadi racun bila dipendam lama."

* * *
Aku berask dengan Aqif. Aqif jadi anon. Lepas tu ada anon lain. Masih bole cam mana soalan Aqif mana soalan anon. Bermain teka teki disitu. Rupanya orang yang sama. Aqif buat wakenabeb !

Nak dijadikan cerita, sebelum aku tahu itu Aqif, aku teka nama orang lain.

"Syasya ?!"

Ya. Nama itu yang aku teka. Sebulan aku deact haritu, ada sekelumit rasa menyesal. Syasya ada on. Dah selepas itu sepi kembali. Dan aku terlambat.

Aku rindu Syasya Shine. Cutest tunggu awak lama. Tak pernah lelah. Ya, dan harapan aku punah sebab aku salah teka.

Tapi aku tak marah Aqif buat macam tu sebab dia kata geli hati. Maknanya dia happy kan ? Sebab aku tahu apa yang Aqif rasa sekarang ni. Biarpun hanya sedikit cuma yang aku lakukan, asalkan muncul segaris senyuman pada wajahnya.

Haha. Tak jadi buat kerja. Nak bercurhat dengan Aqif. Aku bukanlah baik mana. Tapi aku cuba nak bagi semangat bila ada someone yang kita sayang rasa duka. Sedang aku bercurhat dengan Aqif, call masuk. Aku angkat.

"Assalamualaikum." -aku
"Ain sahira ada ?"

Aku tak tahu aku silap dengar ke apa. Tapi tu nama kakak aku. Haha.

"Saya adik dia. Nadhirah."

End call. Pelik aku dibuatnya. Masuk lagi call.

"Ya, hello."
"Nadhirah ke ?"
"Ye, saya Nadhirah."

End call lagi. Masuk lagi call.

"Emm, ada sesuatu untuk awak."

Ada rakaman suara. Aku dengar samar smar je. Cuma dapat tangkap,

Rindu.

Jaga diri.

Dan aku pasti, dia yang pernah rapat dengan aku. Yang pernah bergurau dengan aku bagai dunia ini kami punya. Suka hati nak bercanda apa. Lalu berjauh. Rindu menghimpit. Derita menahannya.

* * *

I put the number with the name of Rahsia.

Rahsia,
Suara awak macam saya kenal.
Macam suara Isha.
Betul ke ?

Awak,
Saya terkilan sebab tak dapat dengar dengan jelas.
Awak,
Saya hargai bait kata-kata itu.
Jauh di lubuk hati, saya nak dengar lagi sekali,
Agar lebih jelas.

Dan awak.
Saya menangis.
Tak tahu kenapa.
Mungkin awak yang saya rindu.
Yang akhirnya munculkan diri setelah kita jauh.

Awak.
Saya juga nak cakap sesuatu.
Saya rindu sangat.
Saya sayang sangat.
Ukhuwah kita.

Di mana pun awak berada,
Saya minta Dia jagakan awak.
Itu dah cukup buat saya,
Jika ada batasan menjauhkan kita.
Dan saya tak pernah lupa kita. :')


1 comment:

  1. Amboi ni balas mention name dekat blog ni eh ? Hahaha. Tak pa lepas ni kita mengusik. *piss. Akk 8jam lagi nak merdeka. Hoho.
    .
    .
    Syasya. Syasya. Cepat kembali. Kak Nadhirah rindu hoho.

    ReplyDelete

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^