Sunday, 4 October 2015

Jangan Pergi.

Gabungan nama itu. Aku tertarik. Buat aku mahu mengenalinya. Aku tidak tahu kenapa. Tapi aku benar-benar mahu mengenalinya.
Aku beranikan diri. Pada fikiran aku mulanya,

"Kenapa kau nak kenal buah hati orang ? Jadi isu nanti susah."

Peduli apa aku. Aku bukannya ada niat tak baik. Bukannya mahu merosakkan hubungan orang. Tapi hati ini seperti menolak-nolak aku untuk mendekatinya.

"Kau nak kenal dia ?"
"Nak !"

Melalui orang tengah yang menjadi posmen tidak bertauliah. Ahh, habis terbongkar segalanya. Akhirnya aku terus minta apa saja medium yang dapat menghubungkan aku terus dengan dia. Ya, melalui burung biru.

* * *

"Budak ni. Nape tak mention ? Mana kita nak tahu dia. Btw, hai !"

"Haha .  tk slh kay ~ Hi awak xD"

"Boo cak ~ Hi ."

"Kelip-kelip mata mcm baby. Ahaha. Sorry awak late reply.."

* * *

Aku tak rasa canggung. Bercakap macam dah kenal lama. Ya, aku yang banyak bercerita. Mahu, aku mahu tahu tentangnya tapi masa begitu membataskan. Tak lama, dia punya asefem sendiri. Dia tegur aku. Disitu aku dan dia bertukar nombor. Untuk lebih privacy, kami berhubung melalui wasep.

Ya, di wasep segalanya lebih jelas. Bertukar cerita. Bertukar gambar. Suatu hari aku tersenyum. Aku mahu dia bahagia. Aku pernah mendoakan dia. Mendoakan bahagia miliknya.
Namun perancangan Allah lebih baik. Allah tak bagi terus.

Dia terluka. Dia tak tahu aku tahu. Sebelum aku tanya kenapa, aku cari sebab sendiri. Firasat aku kuat. Dan aku rasa aku tahu puncanya. Aku tanya dia. Ya, aku benar. Aku tak pernah sangka akan jadi sebegini.

Dari situ, aku rasakan kasih sayang aku tertumpah buatnya. Aku mula bagi dia kata-kata semangat. Aku tahu tak mudah baginya untuk lupakan segala. Aku dapat rasa betapa dia sakit. Aku mahu dia luahkan segalanya padaku supaya beban dia lebih ringan. Tapi dia tak mudah. Dia degil. Perahsia. Suka pendam sorang.

Dia selalu mengadu dia sakit kepala. Hari-hari. Aku risau. Sangat risau. Aku suruh dia buat check up tapi tahulah bagaimana degilnya dia. Sampaikan aku ugut nak bagitahu umi dia. Tapi aku tak buat pun.

Walaupun kita jarang berhubung, aku tetap perhati dari jauh. Ada asefem baru, aku tahu. Aku stalk sampai habis. Sampaikan mata aku terhenti pada suatu cerita. Aku baca. Jantung aku berdegup laju. Fikiran fikir macam-macam. Aku rasa lemah longlai cuma aku masih kuat untuk berdiri. Aku screenshot. Aku hantar chat tapi tak dapat dihantar. Aku padam balik. Mungkin aku patut berdiam dulu.

"Nak bca blog tak?"
"Nakkk."

Aku buka blog dia. Ada dua cerita. Aku baca yang pertama. Ya, aku baca story yang sama dengan yang aku screenshot. Dan ya, aku tidak perlukan penjelasan lagi.

"What if I wont live long enough to meet you? "

Ya, balasan aku mungkin nampak biasa. Dalam hati ini cuma Dia yang tahu. Sesungguhnya aku begitu takut akan sebuah kehilangan. Benar. Kali ini, air mata aku tumpah. Aku takut sangat. Awak dah jadi sebahagian dalam hidup saya. Kita dah janji nak jumpa kan ? Awak kata nak datang majlis walimah saya. Saya pernah cakap, awak bole tinggal dengan saya. Sempatkah semua tu bila saya tahu semua ni ?

Awak, tolonglah kuat. Demi umi ayah tersayang. Demi saya. Saya mohon. Dia benar-benar uji awak. Kalaulah saya bole pikul bersama, saya mahu. Tapi satu sebab Dia bagi awak rasa semua ni. Sebab awak mampu tempuh. Kuatlah. Saya akan ada untuk salur kekuatan. Umi dan ayah pun ada. Adik-adik awak. Saya tak nak awak rebah. Tak nak awak jatuh. Tak nak awak tinggalkan saya.

Awak, tarikh kita kenal 170515. Bulan lima sampai sekarang. Lama jugak kan ? Nak masuk lima bulan rasanya. Saya tak nak semua berhenti sampai sini. Awak, dalam doa saya sebut nama awak. Saya minta Dia beri awak kekuatan. Saya minta Dia untuk beri peluang berada disisi saya lagi. Saya minta Dia padamkan, nyahkan segala yang buat awak sakit.

Saya baca status awak. Saya merayu dekat dia awak. Mungkin awak akan rasa saya ni busybody. Tapi saya tak sanggup tengok awak sakit lagi.

"Please stop. I'm begging."

Bukan salah dia, awak. Bukan saya kejam. Tapi adanya dia, awak akan sakit. Saya tak sanggup. Dia perlu jaga yang lain. Awak, biarlah saya yang kisah. Kalaupun dia masih kisah, cuma satu saya minta. Saya mahu dia doakan awak. Itu saja. Jangan berhubung lagi dengan awak. Saya tak nak awak masih berharap pada dia.  Saya sanggup dengar segala luahan awak. Saya tunggu bila awak bersedia sepenuhnya. Dan saya nak awak tahu, saya tak pernah menyesal kenal awak. Ya, sayang awak kerana Dia. Bila mulut sebut sayang, hati saya rasa lain. Hati saya maksudkan apa yang saya kata.

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^