Saturday, 26 September 2015

Bernama Kesayangans.

Untuk aku senaraikan seorang demi seorang, mungkin tak tersenarai dibuatnya.
Tak ramai mana pun, tapi lebihlah dari satu.
Nak dijadikan cerita, aku buat satu keputusan yang aku rasa bagi aku, sangat sukar.

Aku buat keputusan untuk padam.
Aku buat keputusan untuk tinggal.
Aku padam, tak bermakna aku lupakan segala.
Aku tinggal bukan tinggal selamanya.

*asefem*

Segalanya bermula disini. Mungkin ada yang pernah rasa macam apa yang aku rasa. Asefem sekarang dah lain. Kan ?

Lain macam mana ?
Berbanding dulu dan sekarang, aku lebih rindu yang dulu. Rindu dengan mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Kemudian, seorang demi seorang menghilang. Entah ke mana. Lalu aku buat satu puisi.

* * *

Manisnya Ukhuwah.


Ukhuwah kita,
Rupanya bukan sekadar
"Hai" then "Bye" .
Kenapa saya cakap macam tu ?
Awak tahu,
Pada mulanya saya fikir begini,
"Kawan alam maya ni tak ada haih yang boleh jadi kawan baik. Semuanya kenal biasa-biasa ja."
Tapi sekarang,
Saya dah tak rasa macam tu.
Ukhuwah kita,
bukanlah sekerat jalan.
Kita bergurau,
hiburkan hati.
Kita saling menegur,
betulkan yang salah.
Kita bertanya khabar,
doakan sihat.
Kita saling menyokong,
bangun dari kekecewaan.
Kita saling menyandar,
ringankan beban.
Semua itu,
Eratkan ukhuwah kita.
Manisnya ukhuwah kita.
Tapi,
Masa sentiasa berjalan.
Tinggalkan kita jauh dibelakang.
Maka kita pun mengejar.
Lantas tidak sempat untuk kita,
Bergurau.
Menegur.
Menyokong.
Dan
Menyandar.
'Lost connection'
Ya, saya sedar.
Tapi kita,
'Still connected' .
Bukan di alam maya
Tapi
Dalam doa.
Sejujurnya,
Saya rindu.
Rindu sangat.
Sampaikan saya
'Losing Mind' .
Kerana,
Dalam diam
saya jadi pengintip disebalik dinding awak
yang kosong.
Saya tak nak intip lagi.
Tapi satu je yang saya nak beritahu,
" Saya rindu awak. Saya sayang awak. Sayangkan ukhuwah kita."

@qasqisya @cahayaishaa @lurves @gadispelik @aishahzainal @crkakashi @fatinnurnabilah @hanifkhalayan @nurdiyanasaupi
@faridatulfarhanamohdyusof

dan semua yang pernah rapat dengan saya. :')

150415 , 1506 .
SIRRUN [NA]

5 months ago

* * *

Berharap kalian yang dirindui baca. Dan menyapa aku dengan kata rindu jugak. Tapi tetap sepi begitu. Aku tetap menunggu. Mungkin Dia tahu aku sudah lelah, lalu dia pertemukan dengan yang lain.

* * *

Bawaku Dekat Dengan-Nya.

Aku menunggu.
Lama.
Lalu aku lelah.
Aku terduduk dan tertunduk.
Aku penat.
Penat menunggu yang tak pasti.

Kemudian aku dongak.
Silau.
Aku bangun dan berjalan.
Dekat dan makin dekat dengan cahaya itu.
Baru aku mengerti,
Hadirnya harapan baru buat aku.

Dia berikan harapan itu.
Bukan harapan kecil tapi besar.
Dia hantar mereka.
Bukan pengganti yang lama.
Cuma mahu aku bangkit.

Dari situ aku belajar.
Hidup ini apa yang perlu dilakukan.
Aku mula ambil langkah.
Mengambil perca kain.
Lalu dijahit pada compang camping diriku.

Belum cukup.
Apa yang aku mampu sangat untuk tarbiyah diri sendiri.
Lalu Dia buka jalan.
Jalan yang membawaku dekat dengan-Nya.

#UsrahHeybat
#KamiAwesome

* * *

Syukran jiddan kepada kesayangans.
Yang sudi terima diri yang kerdil ini.
Yang jahil dan bawa diri ini dekat-Nya.
Tidak mampuku sebut semuanya.
Cukuplah menyebut,

Ahli Usrah Heybat dan Kami Awesome

dalam doa,
Dia tahu siapa semuanya.

Maafkan diri ini.
Banyak merapu laghakan kamu.
Sangat childish buatkan kamu annoying.
Tidak mahu terlalu formal.
Kerana bagiku ia membataskan segala.
Aku cuma mahu sesuatu yang bila aku pergi, memori begitu yang jadi pengubat.

"You left"

Sakit sangat hati ni.
Tak pernah terniat nak buat begitu.
Cuma sementara.
Mungkin aku akan kembali.

Untuk itu,
Aku titipkan kalian dalam jagaan Dia.
Kalian aku lihat dari jauh.

Moga ukhuwah ini tiada penghujung.
Tidak bersua di dunia.
Insya'allah di akhirat.

7 comments:

  1. Seorang demi seorang akan tinggalkan adik lepas ni.
    Tak mampu nak kata apa-apa
    Adik redha dengan apa yang akan pergi lepas ni
    Menangis hanya mampu adik lakukan.
    Kegembiraan yang dulu telah hilang sekelip mata
    Kesedihan datang seperti dulu.
    Adik cuba kuat.
    Adik cuba istiqomah
    Adik cuba redha dengan pemergian mereka
    Adik kena kuat demi semua yang akan tinggalkan adik lepas ni
    Nak membantah tak mampu
    Dah nak pergi kan ?
    Paling sedih dia pergi waktu adik balik kpg kak .
    Balik dengan perasaan kesedihan
    Bukan kegembiraan.
    Sekejap je adik dapat gembira hari ni
    Lepastu nangis balik.
    Sampai bila nak jadi macam ni .
    Adik cuba supaya tak ada orang yang datang balik . (org baru )
    Tak mampu tanggung pemergian yang sekelip mata.

    -HiburkanPerasaanMasihSedih-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kita kadang terlalu memikirkan orang lain sampaikan hati sendiri terluka pun tak sedar. Mungkin, lupakan mereka dan tumpukan pada diri sendiri, hati tak akan terseksa lagi. Cuma seketika. Buat sekelian kalinya. Kata pada diri,

      "Kau dah penat sangat ni. Rehatlah. Pasal dia orang, takpe. Kalau suatu hari nanti kau cari aku, mungkin aku akan ada. Kalau aku tak ada, tembak aku dengan doa. Satu perkara, aku tak pernah padam korang dalam hidup aku. Sebab aku sayang."

      Delete
    2. Penat jaga perasaan orang
      Penat jaga semua-semua perasaan orang
      Kenapa masih tak sedar ?
      Tak sedar bahawa orang yang jaga perasaan kita sedang sakit . Sakit dengan apa yang telah dilakukan.
      Pernah kena tinggal tanpa 1 pesanan ?
      Pernah kena tinggal waktu akak dikampung ke apa ke ?
      Mesti sakit kan perasaan waktu tu ?
      Em.
      Allah tahu perasaan kita waktu tu .
      -SisPenatDah-

      Delete
    3. Ya, pernah. Kita terluka tapi jangan salahkan mereka. Mereka jugak ada hidup. Kalau mereka hidup bahagia, kenapa kita tak cuba bahagiakan juga hidup kita ? Kita mungkin pernah ditinggalkan. Tapi satu saat nanti, kita yang akan tinggalkan mereka pula. Bukan balas dendam, bukan. Cuma istilah pergi tak akan pernah ditimbus sekalipun. Hidup ni ada pilihan. Dan awak pilihkan satu saja. Sama ada pilihan itu awak derita atau awak bahagia. Harapan pada manusia jangan terlalu tinggi kerna kita mungkin akan hampa. Pada-Nya sahaja diserahkan segala kerna kamu tidak akan sesekali kecewa. :')

      Delete
    4. Syukran kak,
      Nak kumpul banyak2 semangat.
      Untuk masa ni.
      Biar hati sado xlembik lagi.
      :))

      Delete
  2. Thnkss kak sirron :) -hanif

    ReplyDelete

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^