Saturday, 5 September 2015

Niat Kerana ?

*Flashback*

Masa ni tahun 2014. Setiap Jumaat, ada extra class for Addmaths. Pakai baju biasa ja. Suka hati. Nak pakai seluar ke pakai kain ke. Masa tu, aku pakai kain, baju lengan pendek tapi pakai cardigan la. Kasut ? Kasut yang orang cina selalu pakai tu. Yang nampak jari yang comel tu.

Setiap kali kelas, cikgu nak bagi tazkirah. Asyik asyik pasal perempuan. Aurat aurat aurat ! Tahu tak setiap kali tu aku deep. Lagi lagi dekat bab kaki. Sebab aku tak pakai stokin. Cikgu kata aurat. Eh, ye ke ? Masyarakat sekarang dah terbiasa. Dia orang tak rasa kaki tu aurat. Dan ya, aku pun termasuk dalam golongan tu. Masa tu, bestie aku sorang je yang pakai stokin, handsock segala.

"Masa aku dekat mrsm dulu, semua budak perempuan pakai stokin dan handsock. So, aku dah terbiasa." -bestie

Oh okey.  Aku macam tu jugak sampai la aku dengar ayat ni,

" Kalau kita mati depan orang ramai, aurat tak tertutup sempurna macam mana ?"

Aku imagine kot. Aku imagine yang aku accident. Aku mati dalam keadaan aurat aku terdedah. Banyak ni dosa ! Nauzubillahi minzalik.

Yeah, since that, aku pakai stokin dah. Stokin bunga bunga. Bedal mak punya stokin. Aku mana ada stok stokin masa tu. Yang ada stokin sekola ja. Baju pun aku dah pakai baju longgar. Mostly baju aku semua abah yang pilihkan. Baju muslimah macam tu.

Dulu kalau pergi beli baju dengan abah, mesti nak rungut,

"Abah tak lain tak bukan mesti nak beli baju besar kat kita. Haishh, orang nak pilih sendiri la."

Aku pun tak berkira sangat. So, go one je la.

Still jugak masa kelas tambahan tu cikgu bagi tazkirah lagi. Kali ni pasal tudung pulak. Aku rasa aku pakai tutup dada dah. Apa lagi yang tak kena ?

" Tudung bawal tu jarang. Tabaruj. Nampak bayang leher kamu tu. Kalau orang laki tengok berdosa tu."

Oh, disitu tak kena rupanya. Since that, aku tukar tudung. Pakai terus tudung sarung. Senang. So, aku terbiasa bila dah lama macam ni. Nak bagi nampak kaki pun rasa bersalah weyh. Bole anggap tak aku ni berubah ke ? Entah la nak. Tak kekal. Tak istiqamah. Aku sedar. Aku rasa macam aku ni hipokrit. Haha.

Aku tak nak pun jadi macam ni. Kejap buat kejap tak buat. Aku nak kembali. Kadang tu aku tanya kat diri sendiri. Aku marah diri aku. Entah. Buntu nak fikir.

Satu hari tu, aku buka fesbuk. Ternampak satu post.
Aku pun baca. Aku sentap. Terbit rasa ingin menjadi sahabat saudari yang menge-post tu. Tetiba je aku ni. Buang tabiat ke ?

Aku hantar chat kat dia. Kami bertaaruf. Aku tanya kat dia,

" Kalau saya minta nasihat, sudi tak awak memberinya ?"

Cehh. Ayat aku. Skemanya. Dia pun balas. Dia kata dia tak pandai pun nak bagi nasihat. Semuanya datang daripada Allah. Dia beri nama blog dia. Aku pun googlekan. Tengah godek godek blog dia and terjumpa la post tajuk "perubahan". Aku pun klik. Aku baca.

Kisahnya berkisarkan perubahan seorang insan yang tidak kekal. Macam kena dekat batang hidung aku je.

" sesuatu perubahan tidak akan KEKAL, sekiranya diniatkan kerana manusia yang jua tidak KEKAL "

Aku pun pikir la ayat ni sedalam dalamnya. Kenapa aku pakai stokin ? Sebab cikgu tegur. Sebab tak nak rasa sentap lagi. Ahh, aku tak ikhlas. Sebab ni ! Sebab aku buat bukan niat kerana Dia. Patut la tak konsisten. Hati ni kena diajar semula. Dididik semula. Sebab tu kita nak buat apa apa, perbetulkan niat. Ajar diri tu letakkan Dia yang utama dalam apa apa perkara pun. Insya'allah semua berjalan lancar. :')

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^