Sunday, 26 July 2015

Teruskan Perjuangan

Aku nampak.
Mak tak dapat hantar aku.
Walaupun dalam hati dia,
Aku tahu dia nak.

"Mesej abah tengok, nak bawa barang dengan apa ? Kalau naik motor, boleh la mak dengan along tolong sekali."

Nampak.
Mak nak hantar aku.
Walaupun bukan naik train sekali.
Bukan hantar sampai U.

Balik kali ni,
Abah jugak yang teman sampai U.
Okey la,
Anak manja ?
Anak abah ?
Of course anak mak dan abah.

Masa nak pergi stesen kereta api,
Kita orang separate.
Aku dengan abah.
Mak dengan along.
Yang sampai dulu,
Mak dengan along.

Dan kemudian, baru abah dengan aku sampai.
Huwaa, hati dah rasa dah ni.
Rasa berat nak berpisah.
Rileks rileks.
Kuat dulu.

Lagi lima belas minit macam tu.
Tunggu la dulu.
Mak, abah dan along bersembang.
Aku mostly diam jer.

Okey.
Aku perlu pergi.
Salam mak,
Cium pipi kanan,
Cium pipi kiri,
Okey, ni selalu buat masa nak pergi sekola dulu.

Dan,
Tak disangka aku tertouching.
Cover cover.
Jangan bagi orang lain nampak.
Kalih dekat along pulak.
Salam dia.

"Oit, takyah nak laga pipi. Takyah nak nangis."

"Orang tertouching la..."

Dalam train.
Aku banyak diam.
Pandang luar.
Sembang jugak dengan abah.

"Lepas hantar akak ni dah lega dah."

Faham.
Bagi abah,
Asalkan apa apa berkaitan aku berjalan lancar, abah bersyukur dan lega.

"Ada hikmah Allah hantar akak belajar dekat tempat dekat."

Kah.
Dulu punya beria nak belajar jauh.
Nak rindu lebih menggebu la katakan.
Sekarang ?
Okey, sangat bersyukur dapat belajar tempat yang dekat.

"Nanti dah sampai U, akak belajar ja. Tak payah fikir kami yang dekat Kedah ni."

Nampak sangat abah tak nak aku serabut atau stress.
Abah.
Banyak sangat dah berkorban untuk aku.
Nak balik raya haritu, abah jugak yang ambil.
Orang lain balik sendiri.
Hantar balik U, abah jugak yang hantar.

"Ni abah dah ajar ni naik train. Nanti bole la balik sendiri."

Hati cakap tak nak.
Depan abah mampu diam.
Okey, akan cuba.
Tak nak susahkan abah lagi.

Teksi pun abah yang carikan.
Nampak tak betapa aku ni menyusahkan ?
Sebab ada abah,
Teksi bole hantar masuk sampai ke kolej.

"Abah hantar sampai sini saja la. Nanti akak bawa barang naik atas."

"Okey, takpa. Abah letak saja situ."

Terus salam abah.
Peluk abah dan cium.
Dan aku sudah kembali.
Teruskan perjuangan.
Teruskan harapan mereka.
Dan kuatnya aku disini kerana Dia.
Dan kerana mereka.

Ingat,
"Ibu bapa redha, Allah jugak redha."

4 comments:

  1. Kalau lah adik dpt mcm ni kak ?
    Mungkin menitis air mata 2 hari 1 malam ni
    Heh .
    Capailah cita-cita kita .
    Dah berjaya .
    Jangan lupa jasa mak ayah .
    Heh :D
    Nanti kita jumpa tau . cehh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'allah.
      Akan ditunaikan harapan mereka.
      Dan insya'allah.
      Kita jumpa ya suatu hari nanti. ^^

      Delete
    2. Ya kak .
      Sama-sama tunggu kat airport menunggu ketibaan datin -.- ceh . haha akk tengok blog Lyn dia mention name kita 2 lah :D :D hahah

      Delete
    3. Eheks. Iyee la Datin Piqah. Ahaha. Okey, tgok dah siap campak komen ^^

      Delete

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^