Thursday, 16 July 2015

Sukar Diungkap

Aku.
Tak mudah sayangkan orang.
Sebab itu jangan sayangkan aku.
Nanti terluka.
Nanti sakit.

Jangan cepat sayangkan aku,
Oleh kerana,
Aku nampak baik.
Sayang itu biarlah mahal.

Kenal dulu aku ini bagaimana.
Serius.
Tak tipu.
Mungkin pada awal ta'aruf,
Kamu akan berasa senang dengan aku.
Lama kelamaan,
Rasa itu pasti akan hilang.
Menyesal ?
Sebab itu jangan sayang aku.

Tapi.
Bila aku mula sayang,
Sayang kamu pulak,
Tidaklah sayang seperti dulu.
Terlambat ya aku.
Terasa tidak diperlukan.
Terasa perlu undurkan diri.

Jangan risau.
Bukan kerana aku futur.
Bukan kerana aku sedih.
Bukan kerana aku kecewa.
Tapi memberi ruang kepada kamu.

Bukanlah aku nak klise.
Serius.
Aku turut rasa bahagia,
Bila orang yang aku sayang,
Bahagia.
Bila orang yang aku sayang,
Tersenyum.

Jika sebaliknya,
Kau sedih,
Aku pun rasa.
Kau kecewa,
Aku pun rasa.
Cuma aku,
Bukanlah yang terbaik untuk padamkan segala.
Segala sedih.
Segala duka.
Segala kecewa.
Kerana aku pasti akan ada yang mampu buat semua itu berbanding diri aku yang kerdil ini.

Sejujurnya bila aku sayang,
Aku tak pandai tunjuk.
Tidak mengapa kamu tidak tahu.
Asalkan hati ini tahu.

Kesayanganku,
Aku rindu.
Kamu rindukan aku ?
Aku sayang.
Kamu sayangkan aku ?
Tidak mengapa.
Tak perlu jawab.
Cukuplah aku yang menyayangi.

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^