Monday, 20 July 2015

Kuatlah Sayang :')

Betul.
Aku rasa nak menangis.
Kepala aku berat sangat.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal dia.
Fikir pasal mereka.
Ya Allah.
Mereka yang aku sayangi.
Tengah melalui keperitan.
Tengah menghadapi kedukaan.
Aku cuba.
Cari jalan.
Tak jumpa.
Aku tak mampu.
Kadang empangan ini pecah.
Serasa otak sudah tepu.
Bila bila saja akan meletup.
Aku tak boleh lemah.
Aku kena kuat.
Kalau aku lemah,
Macam mana nak pimpin kesayangan yang jatuh ?
Macam mana nak sambut tangan mereka yang tersungkur ?
Walaupun aku sendiri dalam duka.
Pedulikan.
Diri aku tak penting.
Mereka lebih penting.

Kesayangan,
Jangan jatuh terlalu lama.
Jangan lemahkan diri.
Jangan biar futur berdamping.
Ya, tahu tak boleh.
Rasa itu.
Perasaan itu.
Dia yang beri.
Bukan futur untuk futur.
Tapi futur untuk terus berusaha.
Bukan lemah untuk lemah.
Tapi lemah untuk kuat.
Bukan jatuh untuk jatuh.
Tapi jatuh untuk bangun.
Dia beri semuanya bersebab.

"Everything happens for a reason."

Bila kita jatuh,
Tengok balik diri kita.
Bila kita futur,
Tengok balik diri kita.
Bila kita lemah,
Tengok balik diri kita.
Bukan apa.
Untuk muhasabah.
Buat refleksi diri.
Fikir.
Fikir sedalam-dalamnya.
Fikir dengan positif.
Datangnya semua itu bukanlah musibah.
Tetapi sebagai ujian.
Ujian itu untuk menguatkan kita.
Ujian itu untuk mendekatkan kita kepada-Nya.
Ujian itu mengukur keimanan kita.
Terimalah.
Kehadapan nanti ada nikmat tak terhingga.
Bila ?
Bila kita dah lepasi UJIAN itu. :')

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^