Wednesday, 29 July 2015

Datang dan Pergi

Bermula dengan perkenalan.
Makin lama makin rapat.
Kenapa boleh jadi rapat ?
Sebab serasi.
Sebab apa lagi ?
Sebab rasa sayang dah wujud.
Itu yang sebenarnya.
Sebab kita dah sayang.

Satu hari,
Pernah tak kau rasa kau tak dipedulikan ?
Pernah tak kau rasa ada yang menjauh ?
Pernah tak kau rasa akan ditinggalkan ?
Pernah tak kau rasa kau tak akan disayangi lagi ?
Pernah je kan ?

Manusia ni bukannya akan kekal.
Mereka datang dan mereka pergi.
Lumrah hidup kawan.
Jangan harapkan sayang orang,
Sebelum kita ni sayangkan diri sendiri.
Tanya dekat diri tu,

"Do I love myself ? Do I love ? Do I love ? Do I love ?"

Kalau sayangkan diri sendiri,
Kita akan sayangkan Dia.
Kenapa ?
Sebab kita akan cuba perbaiki diri kita.
Sebab kita akan cuba jauhkan diri daripada perkara tak elok.
Kita akan buat perkara baik.
Bukankah itu tanda kita nak buat amar makruf nahi mungkar ?
Bila kita buat semua tu, sebab apa ?
Sebab kita patuh kepada Dia.
Alhamdulillah wujud sayang kepada-Nya.

"Bila kita sayang diri kita, kita akan sayangkan Dia."

"Bila kita sayangkan Dia, kita akan sayangkan diri kita."

Dah cukup.
Tak perlu cari orang nak sayangkan kita.
Sebab apa ?
Sebab semua itu akan datang sendiri selepas kita sayangkan diri kita.
Akan datang dengan sendiri selepas kita sayangkan Dia melebihi apapun.

Yang datang kepada kita tu,
Sayangnya insya'allah sayang selamanya.
Bukan sayang, kemudian hilang.
Kita tak cari pun.
Dia yang datang.
Sebab dihantar.
Oleh Dia khas untuk awak.
Ngee ~

Perasaan diri kita yang mencari,
Perasaan kita yang dicari,
Berbeza.
Kita yang mencari akan penat dek tak jumpa.
Kita yang dicari akan tersenyum kerana menunggu dengan sabarnya.

Eh ?
Macam cinta jer ~
Tak.
Sebenarnya nak cakap,
Sayang antara manusia.
Yang sama kaum.
Hawa dan hawa.
Adam dan adam.
Ukhuwah namanya.

Dalam ukhuwah pun pernah rasa macam ni kan ?
Biasalah tu.
Ada yang pergi,
Ada yang baru muncul,
Dalam ukhuwah ni,
Jangan nak harap semua orang nak sayang kita seorang je.
Nak sayang, biar sayang beramai-ramai.
Nak sayang, biar sayang bersama-sama.
Kan lebih manis ~

*merapu apa pun tak tahu la*

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^