Tuesday, 21 July 2015

Bulatan Gembira

Bila kita berubah kerana Dia,
Dia pasti akan tunjukkan jalan.
Serius.
Aku nak berubah.

"Tapi aku takde kekuatan."
"Nanti orang kata bajet alim."

Aku yang cakap begitu.
Bila baca Tarbiah Sentap.
Memang aku sentap !
Sebab aku ni banyak alasan.
Cakap nak berubah tapi bagi banyak alasan.

Dulu.
Dekat asefem.
Aku banyak merapu.
Sampai beribu riban.
Dah la takde manfaat.
Orang stalk profile dapat mende lagha je.
Start tu aku refleksi diri.
Aku padam semua soklan.
Aku kuatkan diri.
Sebab kebanyakan apa yang aku merapu,
Semua dengan mereka yang aku rapat.
Serius rindu.

Jadi,
Selepas dah vakum asefem aku,
Jadi la aku seorang newbie.
Even dah main mende alah tu 3 tahun lebih.
Kalau aku rasa aku ask merapu,
Aku akan padam.
Maaf la kepada sesiapa yang bertandang dan ask aku tu.
Aku padam balik ask tu sebab aku rasa aku merapu.
Memang seronok merapu bergurau ni.
Kita jadi rapat.

Sebenarnya,
Aku bertahan main mende tu pun sebab aku sedang menunggu.
Sedang menjadi penunggu setia,
Aku pun stalk la daie daie.
Saja.
Nak cari ilmu sikit.
Ye la, masih jahil.

Bila ya ?
Tak ingat.
Aku tergerak hati.
Aku ask seorang daie ni.
Cakap teringin nak join usrah.
Tapi malu.
Pastu, aku beri details yang diperlukan.

Malam bila pulak ek ?
Tak ingat.
Buka wacep, tengok ada grup baru.
Usrah Heybat.
Huishh, debar aku dibuatnya.
Aku buka.
Malam tu kami ta'aruf.
Aku kecoh jugak la malam tu.
Tak sangka aku jadi kecoh macam tu.
Sampai dia orang dah kenal la.
Kalau ikutkan, aku ni terror jadi silent reader je.
Entah la.
Aku bole masuk dengan mereka.

Masuk usrah ni nak berta'aruf je ke ?
Tak tak.
Kita orang ada tanggungjawab memasing.
Setiap ahli diberikan partner.
Lepastu, tahu tak apa tugasan yang perlu dibuat ?
Kena buat bedtime story.
Bedtime story ?
Serius aku blur.
Mende la ni.
Bedtime story tu yang mak mak duk cerita dekat anak dia sebelum tido ke ?
Yang tu aku faham.
Senang je, amik buku cerita dan bacakan.
Eheks xD

Tapi dalam usrah,
Kita orang kena buat cerita sendiri.
Fulamak !
Aku bab cerita ni memang aku suka.
Tapi bedtime story ni kena cerita yang boleh bagi moral values kepada ahli grup.
Tet !
Gagal aku disitu.

Okey then,
Lepas habis bedtime story,
Ahli ahli yang lain kena fikir apa nilai daripada cerita yang boleh diambil.
Dari situ kita tau,
Yang kita sedang mengupas, mengorek isu yang diutarakan.
Secara tak langsung, kita dapat la ilmu.
Dapat sikit pun jadi.
Ilmu ni tak pernah habis okey.
Walaupun kita dah dapat, bukan bermaksud kita dah boleh berhenti.
Tak tak !
Perjuangan belum tamat.
Dalam usrah jugak,
Ahli ahli ada peluang nak tanya sebarang kemusykilan yang dia orang tak pasti.
Bila dah dapat kepastian, baru kita boleh kongsi dengan orang lain.

Dari tadi duk merapu apa la aku ni.
Aku nak cakap,
Aku tahu,
Allah dah tunjukkan jalan untuk aku.
Allah datangkan mereka.
Sama-sama kami membimbing.
Doakan aku.
Moga istiqamah.

No comments:

Post a Comment

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^