Thursday, 12 September 2013

Solat untuk Cemerlang di Sekolah

Assalamualaikum.
Kali ni ain nak berkongsi tentang faedah dan kepentingan solat. Actually, ni la info yang ain nak kongsi hari tu. Haha, sekarang baru ade masa nak post. Tahukah mengapa Allah SWT mewajibkan solat ? Jawapannya ialah kerana Allah SWT sangat sayangkan kita. Dengan mendirikan solat, kita akan dapat ganjaran pahala. Bukan itu sahaja ! Solat juga sangat penting kerana ia pasti dapat membantu pelajar menjadi cemerlang. Bagaimana ?

Bekalan Oksigen Ke Otak
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, otak kita perlu sentiasa mendapat makanan yang mencukupi. Oksigen ialah salah satu makanan otak. Oksigen terkandung di dalam darah dan dipam oleh jantung ke seluruh badan termasuk otak. Menurut Peter Russel dalam bukunya yang bertajuk " The Brain Book " , otak orang yang solat bekerja tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat. Ish..betul ke ? Macam mana boleh jadi macam tu ?

Kedudukan Otak Dan Jantung
Semasa berdiri dan duduk, jantung berada di bawah manakala otak berada di atas. Semasa bernafas, kita menyedut masuk oksigen ke dalam paru-paru. Jantung pula akan mengepam darah untuk dihantar ke seluruh badan. Darah dipam oleh jantung akan pergi dan singgah di paru-paru untuk mengambil oksigen. Kemudian darah yang mengandungi oksigen itu akan dipam semula untuk dihantar ke seluruh badan termasuk otak. Namun demikian, darah yang dipam untuk naik ke otak terpaksa menempuh perjalanan yang sangat sukar. Ini disebabkan darah yang membawa makanan otak ( oksigen ) itu terpaksa bekerja keras melawan tarikan graviti untuk sampai ke otak.

Faedah Ketika Sujud
Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Semasa sujud, kepala berada di bawah. Jantung pula berada di atas. Pada kedudukan ini, darah yang dipam oleh jantung dapat meluncur laju dengan mudah ke otak. Darah tidak perlu lagi melawan tarikan graviti. Hasilnya, otak dapat makanan yang mencukupi. Oleh yang demikian, otak dapat bekerja dengan cemerlang.

Jadi, tidak hairanlah pakar-pakar yang mengkaji otak mendapati otak orang yang solat bekerja lebih cepat dan lebih tepat. Patutlah Allah SWT wajibkan kita solat. Kita fikir solat menyusahkan kita tetapi rupa-rupanya solat membantu kita menjadi cemerlang. Benarlah Allah SWT sangat sayangkan kita. Allah SWT juga tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. =)

10 comments:

  1. apa yang Allah perintah tak pernah sia-sia. :)

    ReplyDelete
  2. betul2.. cuma manusia je yg rasa perintah Allah tu membebankan.. mereka xpernah fikir faedahnya.. huhu btw,saya follow sini ye n jemput awk join GA ni http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html

    ReplyDelete
  3. Perintah Allah ada banyak kebaikan kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. hubungan dgn Allah mmg kena jaga klu nak cemerlang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^