Sunday, 4 August 2013

10 Perkara yang Merosakkan Otak

Assalamualaikum.
Hmm, hari ni ain nak berkongsi sedikit info. Haha, nak tahu tak ni ? Meh dekat sikit. Ain nak gitahu ni. Kan actually ain dah tahu lama dah. Masa ain sesaja baca info atas meja dekat library tu. Ain rasa info sebegini sangat penting. Kamu nak biarkan ke otak kamu rosak ? Mesti la tak nak kan ? Ain pun sama ! Nah, takpayah nak berjela lagi. Jom, kita turun bawah untuk tahu apa yang bole merosakkan otak kita.

1- Tidak mengambil sarapan pagi

Tahu tak betapa pentingnya sarapan ? Kita perlukan tenaga untuk membuat sesuatu. Kalau tak ambil sarapan, banyak sel-sel otak akan mati dan otak kita akan menjadi kurang aktif. Dah tu, camner nak belajar kan ? Dengan otak yang lemah, perut berkeroncong. Jadi, seboleh-bolehnya ambil sarapan walaupun sedikit.

2- Terlebih makan

Tak ambil sarapan pun tak bole. Lebih makan pun tak bole. Tahu ? Kalau makan terlebih, kebanyakan darah akan pergi ke perut dan usus untuk proses pencernaan. Ini akan menyebabkan kekurangan darah untuk sampai ke otak dan mengakibatkan kita rasa mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3- Merokok

Rokok rokok dan rokok. Tahu kan rokok tu bahaya ? Kenapa bahaya ? Sebabnya, rokok tu mengandungi pelbagai racun yang bole membunuh banyak sel otak. So, stop smoking ya..

4- Mengambil gula berlebihan

Gula yang berlebihan tak baik tahu untuk kesihatan. Bole bawa penyakit ! Gula yang berlebihan dalam badan bole menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Dan ini tidak elok untuk perkembangan otak.

5- Menghidu udara tercemar

Udara sekeliling kita macam mana ? Selalu tercemarkah ? Kita kena elakkan diri daripada menghidu udara tercemar. Sebab apa ? Sebab udara tercemar tu bole merosakkan sel-sel otak. Asap rokok pun kita kena jauhinya.

6- Tidur yang berlebihan

Yeah, ini sama macam makan yang berlebihan tu. Bila tidur berlebihan, otak akan menjadi kurang aktif dan bole melemahkan daya fikir seseorang.

7- Tidur dengan menutup muka

Tahukah dengan tidur menutup atau menekup muka tak kiralah dengan tangan ke buku ke bantal ke bole menyebabkan gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini akan menyebabkan kita kekurangan oksigen.

8- Kurang berimaginasi

Berfikir merupakan salah satu cara nak mengasah otak kita. Kurang berimaginasi akan meyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.

9- Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita lembab dan kurang aktif. Kalau selalu berfikir, ini akan meningkatkan keupayaan otak kita.

10- Tidak membaca al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah swt. Membacanya dapat memberi kita banyak faedah kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak dan mengelakkan daripada rosak. Tidak membaca al-Quran akan menyebabkan otak kita dungu dan dangkal. Sehari sehelai pun dah okeh kan ?

4 comments:

  1. Thanks for sharing ^_^

    Ohh miza kalau tidur memang suka tutup muka sebab tak nak orang tengok muka kita time tidur. Hohoho tak tahu pulak ianya tak baik Y.Y Lepas ni kena ubah ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..ahaha, sama la dgn ain..cuba nak elakkan dpd menutup muka dan semua dkt atas tuu.. ^^

      Delete
  2. Gud info. Thanks share wit us :)

    ReplyDelete

Moga yang datang bertandang mendapat manfaat. Yang buruk itu daripada diri ini sendiri dan segala yang baik datang daripada-Nya. ^^